Assalamualaikum semua~
Apa khabar semua? Sihat? X sihat? Budak sekolah yang sedang cuti tu, nikmatilah cuti anda sblm ia berakhir minggu depan. (Kalau tidak silap). Tapi sebenarnya aku pun sedang bercuti... haha. Sebab tu boleh mengarut kat sini. Kalau tak cuti jawapannya berhabuklah blog ni. Haha. Dia punya busy tak payah cakaplah. Hari biasa terima lagi. Hari yang ada kelas malam... aduh.. punyalah malas aku nak keluar bilik untuk pegi kelas malam. Worst case, tak balik bilik dari pukul 7 pagi sampai 9@10 malam. Kelas punya pasal. Itulah sedikit review dari kehidupan kami di sini. Tapi apa-apa pun ada juga aktivit yang best. Macam ASASIX SHOWDOWN. Hmm, pasal aktiviti dan kehidupan kat sini nantilah aku cerita. Sebab aku pun tak habis asasi lagi. Haha.
Tapi nak promote lah sikit. Untuk student SPM semennjung, kalau rasa nak berjalan jauh siiikit dari rumah tu, mohonlah sini. Tapi pastikan mental dan fizikal kuatlah. Tahan diri untuk tak balik. Aku pun dah dekat 6 bulan tak jejak kaki kat negeri kesayangan aku. Haha. Bukan tak nak balik masalahnya, tiket mahal. Tapi siapa yang yang loaded tu boleh je kalau nak balik setiap kali cuti. Tiada masalah. Aku bagitahu bagi pihak golongan biasa-biasa macam aku ni. Huhu.Fizikal pun kene kuat. Sebab sini busy. Baru-baru ni pun aku dah demam dekat seminggu. Stress kot. Sebab kelas dipackedkan. Almost setiap malam ada kelas, dalam bilik kuliah yang sejuk. Tapi orang lain ok je. So, kalau korang yang semenanjung tu rasa korang mampu untuk menghadapi semua ujian tu, mohonlah
ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
For me it's worth because I found a great friend here. ^_^
Ok, balik pada tajuk. Kenapa aku menulis? Ada sebab kenapa aku menulis, kenapa aku suka menulis. Kalau orang tanya, kau suka menulis? Aku akan jawab, suka. Saaaangat suka. Hmm, agak banyak sebab kenapa aku suka menulis. Aku cuba senarai kan semampu aku. Huhu
First, sebab aku tak bagus bila masuk bab interaction dengan orang. Meaning that aku tak bagus bila masuk bab berborak, berbual dan yang seangkatan dengannya. Aku tak reti. Lagi-lagi dengan orang yang baru aku jumpa. Aku akan diam dan buat tahu. Sampai orang akan cakap aku sombong dan bajet bagus. Tapi sebenarnya bukan tu maksud aku. Hakikatnya aku tak reti nak mulakan. Nak cakap tentang apa? Nak tanya apa? So, sbb tu aku cakap, if you dont know, dont talk. Sebab aku yakin, ada yang kes dia sama dengan aku. Even bila aku dah kawan rapat dengan seseorang tu, bila bergaduh sumpah aku tak akan ucap minta maaf. Aku akan tulis surat. Hmm... bukan tak nak cakap depan2. Tapi aku tak punya keyakinan untuk itu. Haha. My Best Friend know me... In Conclusion, aku menulis sbb aku tak berani. Haha
Second, melalui tulisan je yang aku rasa aku boleh jadi diri aku. Meluahkan semua aku rasa. Tanpa rasa risau. Bukan tak nak luah kat orang, tapi aku pikir gak. Orang lain pun ada masalah juga. Kalau aku, semua masalah aku anggap kecil dan tak penting. So, tak perlulah aku cerita kat orang kan? Haha.. Sedikit rahsia, aku menulis diari sampai aku tingkatan 5. Haha, atas sebab inilah aku tulis diari. So, kalau macam ada posting yang macam pelik tu, mood tengah swing lah tu maknanya. I'm not in the right mind. Well, all people have problem with different way to solve it or to share it. Aku dengan menulis.
Third, melalui tulisan, dengan cara aku menulis aku dapat keluarkan semua yang aku bayangkan. Sebab tu aku tulis novel, cerpen banyak2. Itu semua imaginasi aku. Haha. Yelah, aku nak luahkan melalui lukisan aku tak reti. So aku meunlis jelah yang mampu. So, salah satu impian aku adalah untuk publish buku yang ada nama aku tertulis kat kulit depan. Wah~ bestnya. Ada rezeki panjang umur, mana tahu kot-kot boleh jadi novelis terkenal? Haha, siapa tahu kan...
Fourth, aku tak tahu sama ada orang akan anggap ni pelik atau tak tapi aku menulis sebagai salah satu cara aku lepas stress. Aku cakap kat member aku, aku gelak kau tahu. Diorang cakap menulis tulah yang membuatkan diorang stress. Tapi tak bagi aku. I enjoy it. Really enjoy it. Yang paling best time idea atau ilham sampai. Fuh, time tu mmg syok gila menulis. Bila semua ilham tu aku tulis atas kertas, aku rasa puas. Puas gila. Haha. Tapi biasalah tu bagi seorang penulis bila sampai satu saat, satu idea pun tak de nak menulis. Tapi, walau apa pun, mula je menulis. Sebab bila dah start menulis, idea akan datang semdiri. Tu berdasarkan pengalam aku lah. Dulu time sekolah, nak elak mengantuk punya pasal, aku menulis dalam kelas. Tu novel Rahsia Si Puteri tu, kalau nak tahu, aku siapkan dia punya draf cerita time aku form 4. Sebab tak nak tido time kelas punya pasal. Siap novel aku dalam masa setahun. Haha. TOLONG JANGAN TIRU! tak baik buat kerja lain dalam kelas. Kesian cikgu mengajar kat depan. Ok???
Fifth, hmm yang terakhir kot. Aku menulis sebagai salah satu cara untuk aku berkomunikasi. Haha. Yelah, aku ni penakut a.k.a pemalu nak bercakap over-over. Haha. Jadi tempat untuk aku mengarut adalah melalui penulisan. Even kalau dalam gp whatsapp tu aku beranilah nak berborak panjang-pnjang sebab bukan aku bercakap. Aku menaip. Haha. Depan-depan? Tak berani der. Baik aku diam. Ni, aku menulis kat blog macam ni, kalau jumpa depan-depan, belum tentu aku macam ni. Tapi dengan yang rapat dengan aku tu lainlah. Keluar perangai gila-gila dia tu. Huhu.
Ha... itulah 5 sebab kenapa aku menulis yang aku boleh kongsi.. Lain orang lain pendapatnya. Tp terpulanglah pada diri masing. Because something best to be left unknown. Hehe. Ok, cukuplah untuk kali ini. Ada report yang perlu disiapkan. Moga ada masalain, aku menulis lagi disini. Tapi, sebelum tu, THANKS to all readers yang sudi membaca dan memberi komen yang memberangsangkan. Serius, aku bersemangat nak menulis bila baca komen yang korang tinggalkan. Time tak ada semangat nak tulis, aku baca komen2 korang and I thought, "Oh, I need to write something for them." Even lagi berfaedah korang baca buku ilmiah tapi aku harap dengan cerita-cerita tu dapat melepaskan stress korang. Ada juga kan yang bila stress dia membaca atau rasa nak having fun or nak lari dari realiti, mereka membaca. Dan itu matlamat aku. I hope my writing give happiness to others. ^_^
Bye for now. Sekian, Assalamualaikum.



I love all yr work!never give up on writing because we are here for ya (wink wink)
ReplyDeleteya gimme inspiration to do what I wanna do what I love,thanks ya!! >.<
Most welcome ^_^
Delete