Assalamualaikum....
Petang tadi tengah scroll mesej2 yang belambak dalam grup whatapps tetiba ada hamba Allah ni hantar satu kisah. serius, terasa terharu.... macam nak nangis bila baca. so, di sini aq pun nak sharelah dengan reader's semua kisah ini. sama ada benda betul terjadi atau tak, aq tak tau. tapi, cuba ambil iktibar dari kisah ni....
Happy reading....
Suatu hari, ada satu pasangan kekasih ni nak keluar dating. setibanya si pakwe dihadapan rumah si makwe....
Gadis : Masuklah dulu. jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah. saya nak bersiap.
Maka si teruna pun masuklah melalui pintu utama yang sudah terbuka luas ibarat mengalu-alukan kedatangannya.
Teruna : Assalamualaikum
Bapa Gadis : Waalaikumussalam
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. lantas si gadis menrik tangan si teruna menyedarkan si teruna dari lamunannya.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi.
Teruna : Eh...
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa Gadis : Nak jalan ke mana hari ini?
Teruna : Bandar je pak cik. dia nak cari barang katanya. barang apa saya tak tahulah pula.
Bapa Gadis : Oh...
Teruna : ???
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minumlah ni sikit. kamu sudah sarapan?
Teruna : Eh, sudah mak cik. terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu2 pula dgn kami.
Teruna : Segan mak cik. hehe
Bapa Gadis : Bila nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh, apa ayahnya ni?
Teruna : Erm, duit tak ada lagi. hehe...
Bapa Gadis : Kamu bawa anak orang kehulu0kehilir. apa orang kata nanti?
Teruna : ( Eh, malu dengan orang ke malu dengan Allah? lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum?) Kami naik kereta je pakcik, tak adalah nampak berkepit sangat. boleh saya tanya pakcik sikit?
Bapa Gadis : Boleh, takde masalah
Teruna : Pakcik dengan makcik nak letak wang hantaran berapa yek?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Eh, tak kisahlah. tapi kalau boleh lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.
Teruna : Berapa tu makcik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu keatas dan dulang 25 ke atas dari pihak lelaki.
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke apa? Wuhaa.... 25 ribu. mana nak dapat? Aduh...) Tingginya makcik. tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamulah. kamu yang nak kat anak kami. lagipun, dia tu satu-satunya anak perempuan kami, kene market sikit. nak grand2 gitu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis. dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm, kenapa anak pakcik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kene tanya pada emaknya
Teruna : ( Eh, boleh pas2 pula?)
Ibu Gadis : Eh, awaklah. apa pula saya. awak yang sepatutnya didik anak.
Bapa Gadis : Saya kan kerja. mana ada masa.
Teruna : ( Pulak dah. gaduh nanti.) Eh-eh. makcik pakcik, kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikutkan makcik pun tak tutup kepala juga. maksudnya lebih kuranglah, nak tanya lagi, anak pakcik pandai masak tak?
Bapa Gadis : Hmm... haram! tau-tau bangun tido dah pukul 12 lebih, bkn bgn pagi dah tu. bagun tengah hari. bangun terus makan tengah hari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya ni. orang ni nak buat anak kita jadi bini. yang pergi cerita yang buruk2 kenapa?
Bapa Gadis : Maknya pun sama. suka bangun lambat.
Ibu Gadis : Ayahnya!
Teruna : ( kah...kah...kah... bengong! yang itu pun nak cerita.) Hehe... okay. soalan lagi. boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit2 kot.
Teruna : Bila kali terakhir dia baca quran?
Ibu Gadis : Err, darjah 1 agaknya.
Teruna : Hmm...
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Tak ada apa2 makcik. soalan cepumas. dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni? dia kan selalu ikut kamu. kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar, saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. hari2 datang bulan. dia tahu solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. dan raut mereka sudah bertukar kemerah-merahan menahan marah.
Teruna : Boleh saya sambung lagi? dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. dosa2 dia terang2 pergi kat makcik pakcik. lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. lainlah dia ni 'hafizah', 30 juzuk dalam dada, bertutup litup habis dari atas sampai bawah dan pandai jaga batas. haa... itu barulah berbaloi. 100 ribu pun saya sanggup bayar.
tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.
Mata si bapa tajam direnung oleh si ibu. keduanya tunduk tanpa suara.
Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan sebagai objek pemuas hati untuk menunjukkan kemegahan dan kekayaan. terutamanya pada majlis perkahwinan. adat mengatasi agama. dibiarkan anak perempuan dihias cantik dan dibuat pertunjukan di khalayak ramai. sedangkan pada waktu itu, akad telah dilafaz si suami dan segala dosa anak ditanggung oleh si suami. amatlah rugi. mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaj berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan, pakcik nak anak pakcik rasa sekali. benda tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang nak rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? pakcik, makcik, saya bukan apa. sekarang dosa dia pakcik yang tanggung. esok lusa, lepas nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat persandingan pula. setiap mata yang memandang, saya yang akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat2.
Si ibu segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri dari perbualan itu. si ibu tahu si teruna bercakap menggunakan fakta islam. dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pula nak cakap pasal agama dengan kami.
Teruna : Eh, maaflah pakcik. bukan saya nak cakap pasal agama. tapi itulah hakikat sebenar. kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Macam nilah. kamu sediakan 25 ribu, dengan 31 dulang. kalau tak ada kamu tak boleh kahwin dengan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. dalam umur saya 30 lebih baru dapat masuk meminang. kalau macam tu, pakcik izinkan saya berzina dengan anak pakcik?
Bapa Gadis : Hoi! kau dah melampau! kau cakap baik2 sikit. jangan main iktu sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. pakcik tahu tak sebab apa orang berzina dan byk anak luar nikah? sebab benda nilah pakcik. selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan harga berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. tapi, cinta dengn nafsu, kalau tak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. akhirnya, mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. mula2 memang ringan2 dulu pakcik, pegang2 tangan, peluk2 dan sebagainya. tapi lama2 jadi yang berat2. yang berat2 tu pun pakcik boleh bayangkan, kan?
Bapa Gadis : Apa kaitan dengan kamu nak berzina pula?
Teruna : Yalah. dah pakcik tak bagi kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu macam mana? tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. nafsu. susah pakcik. sebab tu saya dengan rendah hati nak minta izin dengan pakcik untuk berzina dgn anak pakcik. apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia berzina. sebab rata2 orang yang berzina ni ibu bapa tak tahu. nampak biasa sedangkan dah berzina. err, berzina bukan sahaja yang ehem2 saja. ada yang ringan2. tapi yang ringan2 tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm... kamu ni peliklah. nasib baik pakcik ni cool je. kalau orang lain, dah lama kamu kena hayun dengan parang. tapi kalau tak ada duit, camna kamu nak bg dia makan?
Teruna : Hehe... pakcik. pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah beritahu?
"Dan kahwinkanlah org2 bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang2 yang soleh dari hamba2 kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan kurniaNya.)"(An-Nur : 32).
takkanlah la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu InsyaAllah, berdaya lagi saya beri pada dia. tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia2. baiklah disegerakan. pakcik pun tak mahu perkara tak elok kan?
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata2 si teruna. segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata2 si teruna. dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tahulah zaman sekarang ni. kalau ikut cara kamu tu. mungkin kamu tak suka dgn persandingan, pakcik boleh terima. tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain nak kata. tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. mana nak letak muka ni?
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. kena tangkap basah 2 ribu je denda. kat Malaysia x de hudud dan kalau untung boleh nikah waktu tu juga. bagus-bagus.
Bapa Gadis : Seriuslah sikit
Teruna : Betul dah tu pakcik. hehe... tapi pakcik, saya tak kata pu tak ada walimatul urus. sedangkan walimatul urus itu perlu untuk hebahkan perkahwinan anak-anak. itu cara islam. ok. tapi yang saya tak nak tu, bersanding tu hah. kesian saya pakcik, saya sorang bayar mahar untuk anak pakcik, org lain pun dapat tgk. siap kalau berhias secara berlebihan dan org yang melihat boleh menaikkan nafsu syahwat, saya yang berdosa pakcik. berganda-ganda dosa saya. saya yang tanggung dosa dia pakcik. insyaAllah pakcik. kita bukan nak buat apa2 pakcik. syariat memang mcm tu. maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. susahlah camtu pakcik. maaflah kalu ada kata2 saya yang membuatkan pakcik kurang senang dengan saya. segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang aje.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter jauh surau dengan rumah si gadis. si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. namun ajakan ditolak dengan lembut. lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. di birai tingkap, bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera dipakainya. masuk ke dalam kereta dan hilang dari pandangan bapa si gadis. sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata2 si teruna terhadap ayahnya. tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat kelakuan anaknya. segera ibu dan si anak ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Betul apa yang budak tu kata. kita tak beratkan agama selama ni, ayahnya. kita sambil lewa.
Bapa Gadis : Hmm... ntahlah. tak tahulah saya. keras betul budak tu kata tadi. satu2 kena. dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia ambil kamu.
Gadis : Takde mood nak pergi la ayah. ntah...
Si gadis mencapai telefon bimbitnya lalu menaip mesej.
Si teruna yang baru selesai mengambil wuduk tersenyum membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis.
" Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan tersu bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu. :)
Petang ni x de mood nak keluar, sorry. dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan."
~ TAMAT~
Amacam? sweet kan? mesti yang baca2 ni rasa mcm, "wah, aq nk juga dpt calon suami mcm tu..." hehe, tipu kalau tak ada.
But for girls, kita semua impikan suami soleh untuk diri kita. tapi, cer tgk balik diri kita. adakah kita layak untuk dapat lelaki soleh kalau kita x cuba jadi solehah? kalau dah jodoh mcm cerita kat atas tu Alhamdulillah. sapa yang gila sgt nak tolak? ya dok? bukanlah suruh jd mcm ustazah, tp cukup kalau kita cuba belajar ikut syariat. solatnya, auratnya, cara pergaulannya. inyaAllah, kita akan dapat si soleh sebagai teman hidup kita. tapi jika sebaliknya, jgn marah. mungkin itu ujian untuk kita. sabar ya.... hehe....
For boys, hang jgn dok sedap je impikan isteri solehah untuk jadi ibu kpd anak2 dah klu diri tu x belajar jadi khalifah dan pembimbing. kalau hangpa semua tak belajar jd khalifah, mcm mana hang nk bawa kapal rumah tangga korang? kata nak ke syurga.... bersama ^_^
Hehe, apa2 pun cerita di atas tu den salin aje... walaupun mungkin korang dah baca tp tak salah kalau kita saling mengingati. hehe.... peringatan utk diri sendiri dan orang lain. apa2 pun, smile always!
^_^


.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




.jpg)



